Pelaksanaan Penilaian Bersepadu PPP

 

kredit untuk : http://assafii.com/v2/index.php/en/alias/136-pelaksanaan-penilaian-bersepadu-ppp

 

“PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”

 

Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak

YAB Perdana Menteri Malaysia

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12

21 Mac 2011

Saya mengucapkan terima kasih atas kesabaran guru-guru untuk mendengar selama dua jam Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang telah dijalankan oleh pihak sekolah pada  Sabtu, 5 Oktober 2013. Saya berharap guru-guru mengambil pendirian yang positif terhadap tranformasi ini kerana pelaksanaan PBPPP adalah sebahagian daripada gelombang dalam PPPM.

Sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah penstrukturan transformasi, maka PBPPP adalah releven dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang meliputi Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan dan Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah.

PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan tertakluk kepada garis panduan JPA. Dalam erti kata yang lain, PBPPP dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian sedia ada kepada satu bentuk instrumen yang bersepadu.

Sebelum ini terdapat lima bentuk penilaian guru iaitu; Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), PROSPEK/ PKP (Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi/ Penilaian Kompetensi dan Potensi), SKPM (Standard 4), Penilaian Kriteria Kecemerlangan dan Guru Cemerlang. Berdasarkan PBPPP, pelbagai sumber yang terdiri daripada instrumen, standard dan kajian lepas telah diadaptasi dan dimodifikasi bagi menghasilkan penilaian yang bersepadu.

PBPPP dibangunkan berasaskan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kriteria Kecemerlangan, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Penilaian Kompetensi dan Prestasi (PROSPEK), Standard Guru Malaysia (SGM), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Instrumen Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS), Instrumen Penilaian Kepimpinan Instruktional, Penilaian Guru Cemerlang dan Penilaian Pengetua dan Guru Besar Cemerlang.

Matlamat PBPPP adalah untuk membuat penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan keberhasilan PPP dalam usaha meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah pendidikan berkualiti tinggi serta negara maju. Antara objektif PBPP adalah seperti berikut;

i.        Menilai kompetensi PPP

ii.       Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.

iii.      Mengenalpasti jurang kompetensi PPP untuk diberikan pembangunan profesional berterusan(CPD).

iv.      Mengenalpasti keperluan latihan PPP untuk pembangunan kerjaya.

Guru-guru boleh memuat turun bahan-bahan taklimat berkaitan PBPPP pada pautan yang disertakan. Namun Perkara yang paling penting ialah memuat turun Komponen Penialain Keberhasilan Guru yang disediakan dalam format Micosoft Excel versi 2010.

Berikut adalah beberapa maklumat penting yang diharapkan dapat membantu pemahaman rakan-rakan guru dalam memastikan proses penilaian dalam PBPP ini dapat dijalankan dengan berkesan.

 

TINDAKAN SEKOLAH

BIL

TINDAKAN

Untuk Perhatian/ Tindakan

1.

Menubuh, melantik dan mempengerusikan AJK PBPPP Pengetua/Guru Besar

2.

Menyelaras aktiviti PBPPP dan sistem e-Prestasi PK1

3.

Melantik Panel Penilai (PPP dan PPK) AJK (Pengetua, Semua PK & GKMP)

4.

Menguruskan keperluan mesyuarat/taklimat yang berkaitan pelaksanaan PBPPP Pembantu Tadbir/AKP

5.

Mengadakan taklimat kepada semua guru Pengetua/Guru Besar

6.

Membuat penilaian dan menganalisis data PPP/PPK/AJK

 

KERANGKA MASA DAN JADUAL PROSES PBPPP

BIL

AKTIVITI

TARIKH

U.P/U.T

1.

TAKLIMAT TOT PPD/JPN 22-27/9/2013 KPM

2.

TAKLIMAT PPD KEPADA SEKOLAH 30/9/2013 PPD

3.

TAKLIMAT PEMIMPIN SEKOLAH KEPADA GURU 5/10/2013 PENGETUA/PK1

4.

PELAKSANAAN PBPPP 7/10/2013 – 15/11/2013 SEKOLAH

5.

PENGISIAN DATA KE DALAM SISTEM e-PRESTASI 13/10/2013 – 22/11/2013 SEKOLAH

 

Kerjasama guru adalah dipohon untuk mematuhi kerangka masa yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan PBPPP di peringkat sekolah dapat mematuhi standard yang ditetapkan.

guru-guru bolemuat turun perkara berkaitan pada link dibawah ini…

1. Guru Akademik 1. Instrumen Keberhasilan Guru 1. Pelaksanaan PBPPP 2. Guru Bimbingan dan Kaunseling 2. Instrumen Keberhasilan Guru PdP 2. Instrumen Keberhasilan Pengetua Guru Besar 3. Instrumen Keberhasilan GPK 3. Instrumen Keberhasilan Penolong Kanan 4. Instrumen Keberhasilan Pengetua dan Guru Besar Kepimpinan Sekolah Manual Am Pelaksanaan PBPPP