Kejohanan Sukan Tahunan ke 20


klik sini.. banyak lagi koleksi gambar      

Rumah Sukan Kenari Johan Keseluruhan

Olahragawan dan Olahragawati

 Kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 20 telah dilangsungkan dengan jayanya pada 11 Mac 2010 hari Khamis yang lalu. Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 20 telah bermula sejak bulan Januari dengan Kejohanan Merentas Desa. Kejohanan sukan kali ini dirasmikan oleh Tuan Chanthravarnam a/l Sathiam, Pengurus Ladang Ulu Bernam. Pada kejohanan sukan tahun ini sebanyak 4 rumah sukan yang bertanding yang terdiri daripada rumah sukan Kelisa, Kembara, Kancil dan Kenari. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti merentas desa, bola sepak, bola tampar, bola jaring, tarik tali, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera, 400 meter, 200 meter, 4 x 200 meter, 4 x 100 meter dan 100 meter. Johan keseluruhan pada kali ini dimenangi oleh rumah sukan Kenari dengan pungutan pingat sebanyak 15 pingat emas, 15 pingat perak dan 10 pingat gangsa. Naib johan dimenangi oleh rumah sukan Kelisa dengan pungutan pingat sebanyak 12 pingat emas, 10 pingat perak dan 11 pingat gangsa. Tempat ketiga dimenangi oleh rumah sukan Kembara dengan pungutan pingat sebanyak 10 pingat emas, 10 pingat perak dan 10 pingat gangsa. Manakala rumah sukan Kancil pula menduduki tempat terakhir dengan pungut pingat sebanyak 7 pingat emas, 10 pingat perak dan 13 pingat gangsa. Perbarisan Unit Uniform terbaik dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah manakala Perbarisan Rumah Sukan Terbaik dimenangi oleh Rumah Sukan Kelisa. Olahragawan pada tahun ini dirangkul oleh saudara Saratsathiran a/l Gunasekaran dari rumah sukan Kenari manakala olahragawati ditabalkan kepada saudari Sarah Luch a/p Amat dari rumah sukan Kelisa. Kepada semua guru-guru, kakitangan sokongan dan semua pelajar SMK. Ulu Bernam terima kasih kerana telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini.     

Perbarisan rumah sukan terbaik- Rumah Sukan Kelisa

Perasmian oleh Tuan Chanthravarnam, Pengurus Ladang Ulu Bernam

  

    

2 thoughts on “Kejohanan Sukan Tahunan ke 20

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s