Bola Baling SMKUB Pasti Bangkit


Pada 10 April 2010 yang lalu telah dilangsungkan Pesta Bola Baling di SMK. Seri Perak, Teluk Intan bermula seawal 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pihak SMKUB juga telah menghantar pasukan bola baling bagi kategori Perempuan bawah 18 tahun setelah sekian lama tidak mengambil bahagian dalam kejohanan ini kerana menumpukan kepada permainan bola jaring dan juga masalah kekurangan pelajar. Kali terakhir pihak sekolah menghantar wakil bagi permianan bola baling adalah pada tahun 2004 dan ketika itu pasukan SMKUB hanya layak sehingga peringkat suku akhir. Walau pun SMKUB mempunyai bilangan pelajar yang tidak ramai namun begitu ianya bukan halangan kepada sekolah untuk memberikan saingan di dalam kejohanan pada tahun ini. Setelah sesi pemilihan dilakukan oleh jurulatih akhirnya pasukan Bola Baling SMKUB berjaya dibentuk walaupun terpaksa menyenaraikan hampir 7 orang pelajar perempuan dari tingkatan menengah rendah untuk bermain bagi kategori perempuan bawah 18 tahun. Sememangnya agak sukar untuk bersaing dengan sekolah-sekolah lain yang pasukannya kesemuanya terdiri daripada pelajar perempuan menengah atas,  namun begitu semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain bola baling SMKUB harus dipuji dan ianya akan menjadi pengalaman yang sangat berguna kepada mereka bagi mengukir kejayaan pada tahun akan datang. Pasukan Bola Baling Perepuan SMKUB di wakili oleh:

  1. Salimah binti Salehan  5 Adil
  2. Nurul Akmalia dari tingkatan 5 Amanah
  3. Nurziana dari tingkatan 5 Amanah
  4. Nurhumairah dari tingkatan 4 Adil
  5. Siti Jamilah dari tingaktan 4 Jujur
  6. Norfazlin dari tingkatan 4 Adil
  7. Nurhaida dari tingkatan 3 Adil
  8. Siti Aishah dari tingaktan 1 Adil
  9. Nuratikah dari tingkatan 1 Adil
  10. Jasmine dari tingkatan 1 Amanah
  11. Nur Nabila dari tingaktan 1 Adil
  12. Subaitha Banu dari tingkatan 1 Adil
  13. Sabrina dari tingkatan 1 Adil

Pada kejohanan tersebut pasukan SMKUB mencapai satu keputusan seri dan dua kekalahan. Pasukan Bola Baling SMKUB seri 2-2 dengan SMK. Dato’ Sagor, manakala kalah kepada SMK. Convent dan SMK. Seri Perak. Walau pun tidak layak untuk keperingkat seterusnya, corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain khususnya pemain-pemain muda yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 3 menunjukkan potensi yang sangat besar untuk digilapkan bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang. Semoga pengalaman yang ditimba oleh pemain-pemain ini dapat dikongsi dengan rakan-rakan yang lain dan dapat melahirkan minat dikalangan pelajar perempuan SMKUB untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Baling pada tahun hadapan. Semoga bidang sukan SMKUB juga seiring dengan slogan ‘UB The Best’ seperti mana pencapaian dalam bidang akademik.

4 thoughts on “Bola Baling SMKUB Pasti Bangkit

  1. teruskan usaha ya wahai pemain2 sekalian.. buktikan SMKUB is the best!! Buat cikgu2 yg pernah melatih kami sume (pemain bola baling 2004), terima kasih atas kesungguhan anda..
    Sesungguhnya, minatku (suhana) tidak pernah pudar pada sukan yang namanya ‘BOLA BALING’..!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s