Ulu Bernam dilanda ribut..


22 April 2010 Ulu Bernam: Penduduk Ulu Bernam telah dikejutkan dengan kejadian ribut yang disifatkan yang luar biasa dan telah merosakkan beberapa buah rumah penduduk di kawasan Ulu Bernam. Tidak terkecuali juga kuarters guru dan beberapa struktur bangunan sekolah menengah dan sekolah rendah . Kejadian ribut itu berlaku di antara pukul 6.15 hingga 6.30 petang. Hujan yang lebat dan angin yang sangat kencang serta panahan petir memburukkan lagi keadaan. Beberapa bumbung rumah guru dan bangunan sekolah pecah serta diterbangkan oleh angin yang kencang. 

bumbung kantin yang telah pecah dan bocor

 Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyebabkan bekalan elektrik terputus serta menghalang jalan masuk ke kuarters guru. 

Kereta guru yang ditimpa sebatang pokok

Sebuah kenderaan milik penduduk telah mengalami kerosakan akibat ditimpa oleh sebatang pokok sementara beberapa kenderaan lain kemek akibat terkena serpihan genting yang pecah yang diterbangkan oleh angin. 

ini adalah pengalaman pertama saya..saya tidak pernah mendengar tiupan angin yang sangat kuat, seperti ngauman yang sangat menakutkan.. panahan petir juga umpama berlaku terlalu hampir dengan saya walaupun saya berada di dalam rumah.. “menurut saudara Ikhwan yang juga seorang guru di SMKUB.  

Saudara Huzairi seorang kakitangan SMK. Ulu Bernam juga berkongsi saat-saat cemas ketika kejadian.”ketika kejadian saya betul-betul berada di atas feri, pada mulanya hujan tidak lebat..tetapi tiba-tiba angin semakin kencang menyebabkan semuanya kelihatan putih, namun begitu saya masih dapat melihat dengan jelas panahan petir bewarna merah yang sangat kerap dan ia memang menakutkan..tetapi Alhamdulillah semuanya selamat”. 

bumbung yang pecah

Walau pun ribut yang melanda disifatkan sangat ganas dan merbahaya namun penduduk berasa bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dialami penduduk. Tindakan segera yang diambil oleh pihak ladang Ulu Bernam dan pihak TNB Hutan Melintang juga sangat membantu mengatasi kesulitan akibat ribut yang dihadapai oleh penduduk. Pihak JKR dan Pegawai Pelajaran Daerah juga telah turun padang untuk melihat sendiri kerosakan yang dialami oleh pihak sekolah dan berjanji untuk membaik pulih struktur bangunan sekolah dan kuarters guru yang terlibat secepat mungkin supaya proses p&p dapat dijalankan seperti biasa dan keselesaan guru terjamin. Pihak sekolah dengan kerjasama pihak ladang dan penduduk Ulu Bernam telah berkerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan kuarters guru yang terlibat. 

-UB.Press-

rumah cendawan yang roboh akibat ribut

kelas yang dimasuki air akibat kebocoran bumbung

2 thoughts on “Ulu Bernam dilanda ribut..

  1. I was surfing for articles when I came across this site. I hope everything went back to normal and better. My father Mr Nook Naidu was the principle of this school a while back.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s