PERKHIDMATAN INTERNET DI SEKOLAH 2011




Kepada semua Guru Besar dan Pengetua daerah Hilir Perak

Disertakan salinan e-mail dari Jabatan Pelajaran Perak untuk makluman dan tindakan tuan. Sebarang kemusykilan bolehlah menghubungi Ketua Sektor Unit ICT, JPN Perak.

Tuan,

Berkenaan perkara tersebut, pihak JPN mohon pihak sekolah merujuk pada surat dari KPM berkenaan.

Pihak sekolah boleh membuat pemasangan dengan mengambil kira perkara berikut :

– Memohon kelulusan teknikal JKICT Negeri bagi pemasangan internet terlebih dahulu.

– Oleh kerana Unit Kewangan JPN belum menerima sebarang waran daripada KPM, pihak sekolah
diminta menggunakan peruntukan LPBT sekolah terlebih dahulu sehingga ada makluman daripada Unit Kewangan JPN.

– Pihak sekolah diminta mencari pakej ISP yg sesuai dan mengikut kemampuan pihak sekolah untuk membuat bayaran.

– Pihak sekolah dimohon memilih pakej yang tidak mempunyai kontrak kerana perkhidmatan ini hanya untuk tempoh interim sehingga dimaklumkan kelak.

Sekian dimaklumkan.

p/s – sebarang pertanyaan mohon pihak tuan merujuk pada KS ICT.

Terima kasih.

Yusnizam bin Mohammad Salleh
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Pelajaran Perak
Tel : 05-5015204
Fax: 05-5279809

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s