PERUTUSAN TAHUN BARU KPM


Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PERUTUSAN TAHUN BARU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011 OLEH Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia akan menyampaikan Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 pada 10 Februari 2011 (Khamis), jam 9.00 pagi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

3. Untuk makluman tuan, majlis perutusan tersebut dibuat secara siaran langsung melalui TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

4. Sehubungan itu tuan hendaklah memastikan agar semua guru dan murid sekolah dapat menyaksikan dan mendengar perutusan tahun baru 2011 itu nanti.

5. Kerjasama tuan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Surat : KP (BPSH-SPDK)201/005/03(2) bertarikh 31 Januari 2011 dan surat Jabatan : J.Pel.Pk.(AM) 5114/16 Jld. 9 (69) bertarikh 2 Februari adalah dirujuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s