Perlawanan Persahabatan Bola Sepak


SMK. Seri Perkasa, 24 Februari 2011. Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan di padang SMK Seri Perkasa di antara pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Ulu Bernam menentang pasukan bola sepak bawah 18 tahun SMK. Tun Abdul Razak. Sebelum ini pasukan SMK. Ulu Bernam telah dikalahkan pada perlawanan persahabatan pertama menentang SMK Seri Perkasa dengan keputusan 2-0. Walaupun begitu kekalahan tersebut tidak memadamkan semangat pemain untuk menampilkan corak permainan yang lebih bertenaga menentang SMK Tun Abdul Razak. Permainan pada mulanya seimbang dengan kedua-dua pasukan mengatur gerak dan melaksanakan serangan. Namun bergitu kealpaan di barisan pertahanan mengundang padah apabila SMKTAR berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke 7 permainan. Dengan kerjasama pasukan dan kegigihan pemain akhirnya pasukan SMKUB berjaya menjaringkan penyamaan oleh Mohd Yassen melalui sepakan percuma  luar kotak penalti pada akhir minit separuh masa pertama seterusnya menyuntik semangat pasukan untuk bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua. Seperti mendapat semangat baru pasukan SMKUB mula menunjukkan corak permainan yang lebih kemas dan teratur serta mula merencanakan beberapa serangan pada separuh masa kedua. Beberapa cubaan tepat ke arah gawang gol lawan sekadar singgah di palang gol lawan hinggalah ke minit 50 hasil sepakan sudut dan tandukkan cantik Mohd Faiz memecah kebuntuan untuk menghasilkan gol kedua SMKUB seterusnya mendahului perlawanan. Tidak berakhir disitu sahaja, pasukan SMKUB terus merencanakan serangan sehinggalah menghasilkan gol ketiga SMKUB melalui satu lagi sepakan percuma yang disempurnakan oleh Mohd Yassen. Kemengan manis ini turut dikongsikan oleh seluruh warga SMKUB yang telah lama menantikan kebangkitan pasukan bola sepak sekolah. Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh permain, namun begitu masih terdapat beberapa kelemahan yang harus diperbaiki bagi mengekalkan kualiti permainan yang baik. Kepada pasukan bolasepak SMKUB semoga berusaha lebih gigih bagi menghadapai perlawanan sebenar pada 8 Februari nanti. “UB The Best”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s