Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah


SMK. Seri Perak, 26 Februari 2011 telah berlangsungnya pertandingan Bola Baling MSSD Hilir Perak di Padang SMK Seri Perak. SMK. Ulu Bernam turut menghantar pasukan Bola Baling Perempuan Kategori Bawah 18 tahun ke pertandingan tersebut. Pasukan sekolah diundi dalam kumpulan C bersama-sama beberapa sekolah lain seperti SM. Convent, SMK. Sultan Abdul Aziz, SMK. Sultan Abdullah dan SMK. Seri Perkasa. Perlawanan dijalankan secara liga, johan dan naib johan kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.

Perlawanan pertama menemukan SMK. Ulu Bernam menentang SMK. Seri Perkasa. Perlawanan seimbang melihatkan kedua-dua pasukan merancang dan cuba melakukan serangan. Ketangkasan penjaga gol sekolah Mariamal menggagalkan beberapa cubaan oleh pihak lawan. Pada minit-minit akhir perlawanan Fazlin Mat Saman berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan seterusnya memberi kemenangan kepada SMK. Ulu Bernam untuk memperoleh 3 mata penuh. Perlawanan kedua pula menemukan SMK. Ulu Bernam menentang SM. Convent. Walau pun pasukan sekolah di asak namun ketangkasan pengjaga gol dan benteng sering kali menggagalkan usaha pihak lawan. Pasukan sekolah turut melancarkan beberapa siri serangan namun sekadar singgah di tiang dan dihalang oleh pengjaga gol lawan. Pada separuh masa kedua seorang pemain telah dikenakan penalti 2 minit akibat kesalahan yang telah dilakukan. Kesempatan ini telah diambil oleh pihak lawan melancarkan serangan bertali arus ke gawang gol hinggalah mereka berjaya mendapat satu gol dan seterusnya manamatkan perlawanan dengan keputusan 1-0. Perlawanan ketiga pasukan sekolah menentang SMK. Sultan Abdullah, barisan benteng dan kekemasan jentera serangan pasukan lawan memperlihatkan mereka menguasai perlawanan dan berjaya mendahului dengan 1 gol. Namun bergitu pasukan sekolah tidak berputus asa dan terus mengatur gerak melancarkan serangan sehinggalah menghasilkan gol penyamaan satu sama. Pada minit-minit akhir perlawanan pasukan lawan berjaya menjaringkan satu gol seterusnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan kepada pihak lawan dengan keputusan akhir 2-1. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan pertemuan di antara SMK. Ulu Bernam menentang SMK. Sultan Abdul Aziz akan menentukan sama ada pasukan sekolah layak atau tidak kepusingan seterusnya. Pasukan lawan bermula garang dengan melancarkan beberapa serangan merbahaya ke gawang gol dan hasilnya pasukan lawan memperoleh gol perlawanan seterusnya mendahului perlawanan dengan 1-o. Kesilapan pasukan sekolah terus diperbaiki dan pasukan sekolah berjaya menyerap tekanan dengan melancarkan beberapa siri serangan dan gerakan sehinggalah minit-minit akhir separuh masa pertama Nur Haida berjaya menjaringkan gol penyamaan sebelum perlawan berhenti rehat. Pada separuh masa kedua kedua-dua pasukan seimbang melancarkan serangan dan pertahanan. Keputusan seolah-olah berkesudahan dengan seri namun semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan sekolah membuktikan sekolah kita mampu menang sehinggalah dibuktikan dengan gol kemengan dijaringkan oleh Fazlin Mat Saman pada minit akhir perlawanan. Perlawan berkesudahan dengan SMK. Ulu Bernam menang 2-1. Dengan kemenangan ini SMKUB berjaya mengumpul 6 mata penuh sama jumlah mata dengan SM. Convent dan SMK. Sultan Abdul Aziz. Namun begitu SMKUB gagal keperingkat seterusnya apabila hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol. Kepada pasukan sekolah usaha yang ditunjukkan sangat membanggakan dan dilihat semakin meningkat naik. Terima kasih juga kepada Jurulatih Pasukan Bola Baling SMKUB iaitu Puan Mazlia bt Sidek, Cik Khadijah Ahmad dan Cik Patricia yang banyak mencurahkan ilmu dan sentiasa memberi dorongan kepada pemain-pemain. Semoga pada masa akan datang SMKUB akan berjaya menempa kejayaan diperingkat daerah mahu pun diperingkat lebih tinggi. UB the Best.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s