Kejohanan Bola Sepak MSSD Hilir Perak.


8 Mac 2011 SEMESTI, telah dilangsungkan kejohanan bolasepak MSSD Hilir Perak bagi kategori bawah 18 tahun. Pasukan sekolah telah diundi di dalam kumpulan C bersama-sama SMK. Teknik, SMK.Abdul Rahman Talib, SMK. Sultan Abdullah dan SMK. St. Anthony. Pasukan SMKUB FC diterajui oleh Mohd Firdaus, Mohd. Shahrul, Mohd. Ramadan, Mohd Abdullah Hafiz, Mohd Ridwan, Mohd Farid, Mohd Yassen, Mohd Rafi, Vignasagan, Kalai, Mohd Faiz, Mohd Amirul Khafiz, Mohd Sazrie, Mohd Akmar, Preburediyer, Mohd Zulhilmi, Sarat Santhiran dan Gopinath. Pasukan SMKUB FC di bawah pimpinan En. Mohd Azimi selaku Pengurus Pasukan, En. Muhamad Zaiful selaku Ketua Jurulatih dan En. Shahrulzaman selaku Pembantu Jurulatih.

Barisan pemain dan jurulatih SMKUB FC

Perlawanan pertama menemukan SMKUB menentang SMART. Walau pun pasukan SMART diletakkan sebagai pasukan pilihan di dalam kumpulan C namun itu tidak menjadi penghalang kepada pasukan SMKUB FC untuk menampilkan corak permainan yang baik. Malah pasukan sekolah berjaya melakukan beberapa siri serangan yang hampir-hampir menghasilkan gol apabila sekadar terkena palang dan tiang. Pada minit akhir perlawanan SMKUB mempunyai peluang terbaik untuk mendahului hasil gerakan solo Gopinath, namun beliau telah dijatuhkan di dalam kotak penalti tetapi  pengadil tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukan SMKUB FC. Beberapa keputusan pengadil pada perlawanan ini boleh dipertikaikan dan kelihatan tidak seimbang dan ini mengganggu corak permainan yang telah dirancangkan. Bantahan juga telah dilakukan kepada pihak penganjur oleh SMKUB FC dan SMK. Teknik kerana pengadil yang mengadili perlawanan ini merupakan jurulatih Pasukan SMK. Sultan Abdullah, yang mana pasukannya berada dalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan C. Pihak SMKUB FC mengucapkan terima kasih kepada pihak pengajur kerana telah menerima bantahan dan telah membuat keputusan yang tepat tidak membenarkan pengadil berkenaan mengadili mana-mana perlawanan di dalam kumpulan C. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 0-0. Perlawanan kedua pasukan SMKUB FC menentang SMK. Sultan Abdullah, Permainan bermula dengan baik apabila pasukan SMKUB FC berjaya mendahului dengan rembatan jarak dekat oleh Gopinath. Gol pertama telah menyuntik semangat baru kepada pemain untuk bermain dengan lebih baik dan melakukan beberapa cubaan ke arah gol. Ketangkasan penjaga gol menjadi penghalang kepada pasukan SMKUB FC untuk menambah jaringan. Perlawanan dilihat akan berkesudahan 1-o, namun pada minit-minit terakhir perlawanan kealpaan barisan pertahanan mengundang padah apabila SMK. Sultan Abdullah berjaya menyamakan keputusan melalui tandukan mudah oleh pemain tengah mereka. Keputusan berakhir dengan  seri 1-1. Perlawanan ketiga menemukan SMKUB FC menentang SMK. Teknik, kedua-kedua pasukan perlu menang perlawanan ini untuk layak ke pusingan seterusnya. Perlawanan kelihatan seimbang dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun begitu SMKUB FC terlebih dahului berjaya mendahului permainan melalui tandukan tipis Mohd Amirul hasil sepakan percuma yang diambil oleh Mohd Yassen. Pasukan SMKUB FC mula memperkemaskan jentera pertahanan dan mengagalkan beberapa rancangan dan serangan pihak lawan. Namun begitu tuah memihak kepada pasukan lawan apabila pasukan lawan dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain pertahanan. Pasukan lawan tidak mempersia-siakan peluang dan berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan dan perlawanan berkesudahan seri 1-1. seri lagi… Dengan keputusan seri ini laluan ke suku akhir kelihatan sukar apabila pasukan SMKUB FC perlu menang dengan kelebihan 2 jaringan gol ke atas SMK. St. Anthony pada perlawanan ke 4. Perlawanan ke 4 SMKUB FC menentang SMK. St. Anthony, separuh masa pertama kelihatan pasukan SMKUB FC kehilangan rentak, ini mungkin disebabkan tekanan perlu menang besar dan juga keletihan kerana telah mengharungi tiga perlawanan sebelum ini. Namun begitu SMKUB FC mempunyai peluang keemasan apabila penyerang Mohd Faiz berjaya menewaskan pertahanan dan penjaga gol tetapi gagal menjaringkan gol apabila sekadar bola meleret beberapa inci dari tiang gol. Kekecewaan jelas dilihat dikalangan pemain, separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0. Pada separuh masa kedua beberapa pertukaran telah dilakukan. Pertukaran pemain mula menunjukkan hasil apabila corak serangan SMKUB FC lebih kemas dan mantap hingga menghasilkan gol pertama melalui rembatan deras Mohd Yassen diluar kotak penalti. Selepas itu beberapa siri serangan turut dilancarkan namun gagal menerjah ke gawang gol dan hanya sekadar singah di palang dan tiang. Beberapa peluang keemasan juga gagal disempurnakan dengan baik oleh barisan penyerang. Keputusan berkesudahan SMKUB menang 1-0, namun kemenangan ini masih gagal melayakkan pasukan SMKUB FC kerana terpaksa menghadapi satu lagi ujian iaitu sepakan penalti menentukan naib johan kumpulan apabila berkongsi mata, bilangan jaringan dan jumlah bolos yang sama dengan SMK. Sultan Abdullah iaitu dengan Mata-6, bilangan jaringan -3 dan bolos 3. Lima wakil pemain SMKUB telah dipilih untuk menyempurnakan sepakan penalti.

Sepakan penalti berjaya diselamatkan penjaga gol lawan

Sepakan penalti berjaya diselamatkan penjaga gol lawan

Namun begitu pasukan SMKUB FC hanya berjaya menyempurnakan 3 sepakan sahaja dan keputusan berakhir dengan keputusan memihak kepada SMK. Sultan Abdullah 4-3. Kegagalan untuk layak ke pusingan seterusnya sememangnya mengecewakan namun usaha gigih barisan pemain mengharungi 4 perlawanan tanpa kalah harus diberi pujian.  Mutu pengadilan dan masalah kepengadilan (pengadil dari sekolah dalam kumpulan yang sama) harus diberi lebih perhatian oleh pihak pengajur kerana jika ini tidak di atasi segera ianya akan merencatkan pembangunan bola sepak di peringkat daerah. Namun begitu, beberapa pemain SMKUB FC telah diintai oleh panel jurulatih daerah untuk diserap bagi menjalani latihan bersama pasukan daerah Hilir Perak. Bersamalah kita berdoa agar ada pemain dari SMKUB mewakili daerah Hilir Perak ke peringkat negeri. Kepada pasukan SMKUB FC diharapkan tidak berputus asa dan meneruskan usaha untuk menempa kejayaan pada masa akan datang. Memandangkan kebanyakkan barisan pemain terdiri daripada pemain-pemain muda dari tingkatan 2, 3 dan 4, pasukan SMKUB FC dilihat berupaya memberi tentangan hebat dan mempunyai peluang yang cerah pada tahun hadapan asalkan perancangan dan persiapan awal dilakukan. Kepada semua pemain tahniah dan terima kasih, anda tidak perlu rasa kecewa kerana anda telah menunjukkan kualiti permainan dan prestasi yang sangat baik serta telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama sekolah. ‘UB The Best’.

Tuan Pengetua turut turun padang memberi sokongan kepada pemain.

One thought on “Kejohanan Bola Sepak MSSD Hilir Perak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s