PERHIMPUNAN KHAS 2011


ISNIN, 4 APRIL 2011 – PERHIMPUNAN KHAS DIADAKAN UNTUK MERAIKAN BEBERAPA PENCAPAIAN TERKINI WARGA SMK ULU BERNAM. ANTARANYA PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SPM 2010 YANG BERJAYA DICAPAI OLEH BEKAS PELAJAR SMKUB IAITU SAUDARI PAVITHRA A/P THAMIL MANY. BELIAU BERJAYA MENDAPAT 7A DALAM SPM YANG LALU. BELIAU DIJEMPUT UNTUK MENDAPAT PENGHARGAAN DARI PIHAK SEKOLAH SETERUSNYA BERKONGSI SEDIKIT PENGALAMAN DAN TIPS-TIPS DENGAN PELAJAR YANG AKAN MENGAMBIL SPM TAHUN 2011. SEMOGA BELIAU AKAN BERJAYA DENGAN APA YANG BELIAU INGINKAN.

SELAIN ITU KAMI JUGA MENJEMPUT BEKAS KAKITANGAN IAITU EN SHANMUGAVELAM UNTUK MENERIMA PENGHARGAAN. BELIAU BARU-BARU INI DITUKARKAN KE SJKT LADANG ULU BERNAM SETELAH SEKIAN LAMA BERKHIDMAT DI SMK ULU BERNAM. BELIAU TELAH BERKHIDMAT DI SMK ULU BERNAM SEJAK TAHUN 1986 DAN BELIAU ADALAH DIANTARA KAKITANGAN PALING LAMA BERADA DI ULU BERNAM. ACARA DISELANG-SELIKAN DENGAN PERSEMBAHAN DARI PELAJAR YANG AKAN MENYERTAI ACARA PUISI DAN LAGU YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA FAZREEN.

ACARA DITERUSKAN DENGAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI KEPADA PELAJAR YANG MENYERTAI PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW YANG BERJAYA MENDAPAT TEMPAT KETIGA PERINGAKT DAERAH HILIR PERAK.  TERDAPAT JUGA PELAJAR YANG MENYERTAI ACARA OLAHRAGA DAN BERJAYA MENDAPAT 2 PERAK DAN 2 GANGSA. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PELAJAR SEMOGA KEJAYAAN  AKAN BERTERUSAN PADA MASA HADAPAN.

ACARA DIAKHIRI DENGAN UCAPAN OLEH TUAN PENGETUA YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA MENGHARUMKAN NAMA SMK ULU BERNAM. BELIAU BERASA BANGGA DENGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM DAN AKADEMIK. BELIAU JUGA MENYAMPAIKAN JUTAAN TERIMA KASIH ATAS JASA BAIK EN. SHANMUGAVELAM ATAS SEGALA BUDI YANG DITABURKAN SEMASA BERADA DI ULU BERNAM.

” UB THE BEST “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s