Pelaksanaan KPMT 2011


Kepada:
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak

Tuan,

PELAKSANAAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2011

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) , Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan pelaksanaan Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2011. Pihak BPK telah menyediakan TIGA tugasan KPMT berdasarkan tajuk-tajuk dan kemahiran berbeza yang boleh dipilih oleh pelajar bagi menjalankan KPMT.

3. Sehubungan dengan itu, tugasan dan dokumen yang diperlukan bagi pelaksanaan KPMT 2011 ini boleh dimuatturun dengan klik : Kerja Projek Matematik Tambahan 2011 yang mengandungi dokumen-dokumen berikut :
3.1 SoalanTugasan 1 hinggaTugasan 3
3.2 Guidelines
3.3 Rubrik KPMT 2011
3.4 Borang Markah Pelajar KPMT 2011 Sekolah (untuk diisi oleh pihak sekolah)
3.5 Borang Markah KPMT 2011 Daerah (untuk diisi oleh pihak PPD)

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada surat KPMT yang diposkan ke sekolah dan PPD mulai 23 Mei 2011. Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Sekian.

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak

Sumber : Portal JPN Perak

One thought on “Pelaksanaan KPMT 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s