Program Gempur Matematik PMR 2011


Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

Kepada
Semua Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
(u/p : Guru Matematik PMR)

PROGRAM GEMPUR MATEMATIK PMR PERINGKAT NEGERI PERAK 2011

(AMBILAN 1 : 14 JULAI 2011 (DAERAH KINTA UTARA, KINTA SELATAN DAN BATANG PADANG) – DI DEWAN BESAR, PPD KINTA UTARA

(AMBILAN 2 : 18 JULAI 2011 (DAERAH HULU PERAK, MANJUNG, HILIR PERAK DAN PERAK TENGAH) – DI BTPNPk

AMBILAN 3 : 25 JULAI 2011 (DAERAH KINTA UTARA, KINTA SELATAN DAN BATANG PADANG) – DI BTPNPk

Dimaklumkan bahawa Bidang Matematik, Sektor Pengurusan Akademik akan melaksanakan program di atas dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian Matematik murid-murid dalam peperiksaan PMR 2011.Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan membenarkan seorang guru sekolah tuan yang mengajar Matematik Tingkatan 3 untuk hadir dalam program tersebut .
Sila klik link berikut – SENARAI SEKOLAH TERLIBAT untuk mengetahui senarai sekolah yang terlibat. Surat untuk sekolah-sekolah di daerah yang terlibat pada 14 Julai (KU,KS,BP) dan 18 Julai (HUP,HIP,PT) telah difakskan kepada PPD untuk diuruskan penghantarannya oleh PPD ke sekolah-sekolah dalam daerahnya manakala surat untuk sekolah terlibat di daerah (LMS,KRN,KK) pada 25 Julai 2011 diposkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak.

Guru sekolah tuan layak membuat tuntutan perjalanan atas kadar satu tempat duduk teksi dengan menggunakan Vot B41 211 220300 040105 ke jabatan ini. Sila bawa bersama satu salinan muka hadapan buku bank (tertera no. Akaun Bank) dan surat panggilan program/kursus ini. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pegawai Matematik di Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak (U/P : En. Nor Hisham Bin Fahmi) di talian 05-241 4000 sambungan 122 / 019-4761240.

Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

En. Nor Hisham Bin Fahmi

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Perak.

Senarai Sekolah Terlibat (18 Julai 2011)

Sumber : Portal JPN Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s