Bahan Program Gempur Matematik PMR Peringkat Negeri Perak 2011 Perak


Assamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia

Kepada :

Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
(U/P : Guru Matematik PMR / Ting. 3)

Bahan Maklumat Program Gempur Matematik PMR Peringkat Negeri Perak 2011

Program Gempur Matematik PMR Peringkat Negeri Perak telahpun diadakan pada 14 Julai 2011 bertempat di PPD Kinta Utara melibatkan 3 buah daerah (KU, KS dan BP) yang dihadiri oleh seorang wakil guru Matematik PMR. Program ini akan diteruskan untuk daerah lain sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini iaitu pada 18 Julai 2011 (daerah MJG,HIP,HUP,PT) dan pada 25 Julai 2011 (daerah LMS,KRN,KK) bertempat di BTPNPk.
Berikut dilampirkan bahan maklumat persembahan para penceramah/fasilitator program tersebut untuk manfaat guru-guru Matematik PMR Negeri Perak. Mohon kerjasama pihak sekolah terutamanya team guru Matematik PMR di sekolah masing-masing agar dapat membuat tindak susul berdasarkan penerangan program tersebut untuk memastikan perancangan pihak sekolah adalah berfokus dan bakal menghasilkan impak kepada murid-murid Matematik PMR kita kelak dalam persiapan menghadapi Matematik PMR Percubaan dan PMR yang sebenar nanti.

Satu salinan perancangan/laporan perlu dihantar kepada Sektor Pengurusan Akademik, JPN Pk (u/p : Pen. Pengarah Matematik) dan sesalinan ke PPD masing-masing (u/p Pen. PPD Sc & Math Menengah) dalam tempoh 2 minggu selepas menghadiri kursus.

Sila klik berikut untuk mendapatkan bahan tersebut : Tindak Susul_Brosur JPN Pk, GG Math PMR SMK Hua Lian, GG Math PMR SMK Ave Maria, GG Math SMK SAAz, GG Math PMR SMKA Kerian, GG Math PMR SMK Kerian, GG Math PMR SMK Tmn Tasik, Tips GC, Teknik Jawab K1.

Tambahan : Berikut dilampirkan juga MODUL ATS Math Menengah Rendah yang sewajarnya dimanfaatkan oleh para guru negeri Perak sebagai salah satu bahan untuk pecutan akhir PMR 2011.

Untuk makluman, bahan Teknik Menjawab Kertas 2 Matematik perlu diedit terlebih dahulu oleh penceramah sebelum diuploadkan dalam portal ini secepat yang mungkin. Harap Maklum.

Semoga pencapaian Matematik PMR negeri Perak akan terus meningkat dari segi kualiti dan kuantiti.
Terima kasih semua.

Daripada : Nor Hisham Bin Fahmi
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak

 

Sumber : Portal JPN Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s