Rangka Penyelesaian KPMT 2011


Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Negeri Perak

 

Tuan,

RANGKA PENYELESAIAN KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN (KPMT) 2011

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami no. rujukan J.Pel.Pk. (AM) 1705/19/5 (51), bertarikh 20 Mei 2011 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan Rangka Penyelesaian (Solution Outline) bagi Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT) bagi tahun 2011.

3. Sila klik berikut – Rangka Penyelesaian KPMT 2011. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar markah pelajar dan rumusan prestasi KPMT 2011 sekolah dan 3 sampel hasil kerja KPMT 2011 yang berbeza kualitinya iaitu baik, sederhana dan lemah ke Pejabat Pelajaran daerah masing-masing (u.p. Penolong PPD Sains dan Matematik Menengah) selewat-lewatnya pada 29 Julai 2011. Bersama lampiran tersebut disertakan Perubahan Pelan Tindakan Kerja KPMT 2011 untuk tindakan tuan.

4. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Perak (u/p : En. Noor Azam Bin Mohd Said di talian 05-2414000 samb:123 atau 019-5981639).

 

Kerjasama tuan/puan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

Daripada : Noor Azam Bin Mohd Said

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik,

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Perak

 

Sumber : Portal JPN Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s