HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA PERTINDIHAN HARI RAYA PUASA DAN HARI KEBANGSAAN


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Hilir Perak.

Merujuk siaran J.Pel.Pk.(AM)5114/16 Jld.12(52) bertarikh 19 Ogos 2011 dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan satu hari kelepasan am tambahan telah ditetapkan bagi seluruh negara. Tertakluk kepada pengumuman Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak, maka satu hari kelepasan am tersebut ditetapkan :

a) Sekiranya Hari Raya Puasa jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Kedua pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am; atau,

b) Sekiranya Hari Raya Puasa jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Kedua pada Khamis, 1 September 2011  maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am

Sebarang maklumat berkaitan sila hubungi Penolong PPD Perhubungan (Tn. Hj. Amir bin Kamaruddin) di talian 019-5521135

Sumber : PPD Hilir Perak

One thought on “HARI KELEPASAN AM TAMBAHAN SEMPENA PERTINDIHAN HARI RAYA PUASA DAN HARI KEBANGSAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s