Program Pecutan Akhir Matematik PMR 2011


Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,

Kepada :

Semua Pengetua

Sekolah Menengah Negeri Perak

(U/P : Guru Matematik PMR)

 

Perkara : Program Pecutan Akhir Matematik PMR 2011

Untuk makluman, program di atas merupakan kesinambungan Program Gempur Matematik PMR 2011 yang telah dilaksanakan oleh Bidang Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak pada 14 Julai 2011 (melibatkan daerah KU, KS dan BP di PPD Kinta Utara), 18 Julai 2011 (melibatkan daerah HUP, MJG, HIP, PT di BTPNPk) dan pada 25 Julai 2011 (melibatkan daerah LMS, KRN dan KK di BTPNPk).

Berikut dilampirkan sekali lagi bahan-bahan yang sepatutnya dimuat turun oleh sekolah dan memanfaatkannya untuk murid masing-masing khususnya kepada murid-murid potensi LULUS supaya negeri Perak dapat meningkatkan pencapaian dari segi kuantiti melalui usaha ini.

Modul ATS yang dilampirkan sebenarnya mampu meluluskan murid yang berpotensi untuk LULUS.

Guru-guru Matematik PMR juga dinasihatkan memberikan fokus kepada 5 topik berikut untuk membantu murid yang berpotensi untuk LULUS seterusnya dapat meningkatkan peratus kuantiti LULUS Matematik PMR negeri Perak 2011. Topik-topik tersebut adalah : Geometrical Construction, Transformation, Statistics, Loci dan Graph Plotting.

Sila klik pautan di bawah :

1) ATS Matematik Menengah Rendah

2) Brosur Gempur Matematik PMR

3) Tip Panduan Jawab Kertas 1 Matematik PMR

4) Slaid 1-85 (Teknik Jawab Kertas 2 Math PMR)

5) Slaid selanjutnya.. (Teknik Jawab Kertas 2 Math PMR)

 

Semoga usaha pihak sekolah dan semua guru Matematik PMR secara berfokus akan dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.

Selamat berjaya.

 

Nor Hisham Bin Fahmi

Pen Pengarah Matematik

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pelajaran Perak

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik

 

Sumber : Sektor Pengurusan Akademik , JPN PeraK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s