SIARAN SECARA LANGSUNG UCAPAN BELANJAWAN 2012 MELALUI PORTAL PERBENDAHARAAN MALAYSIA


YBrs. Tuan / Puan,

Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pembentangan Belanjawan 2012 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan seperti berikut:
            Tarikh            :           7 Oktober 2011 (Jumaat)
            Masa              :           4.00 petang 
            Tempat          :           Parlimen Malaysia 

3.         Untuk makluman, selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH  dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Belanjawan 2012  juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Belanjawan 2012. Ini adalah bagi memudahkan pengguna-pengguna internet mengikuti siaran langsung Ucapan Belanjawan 2012 berkenaan. Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my. Teks Ucapan Belanjawan  2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejam selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2012.
4.         Selain dari itu Belanjawan 2012 juga boleh diakses melalui:

5.         Sehubungan itu kami memohon kerjasama pihak tuan dan puan  agar dapat menghebahkan acara penting ini kepada semua warga Kementerian dan Agensi  di bawah Kementerian masing-masing untuk sama-sama mengikuti Pembentangan Belanjawan 2012 ini.  Kerjasama dan sokongan pihak tuan dan puan  amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Sumber : Sektor ICT , JPN PeraK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s