PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH SECARA ONLINE (ePERLU) BAGI PERSEDIAAN AWAL TAHUN SESI 2011


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Hilir Perak

Sukacita perkara di atas dirujuk dan diarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat KP(BPSH-SPDK) 201/004/03(44). Dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penambahbaikan kepada kaedah pengumpulan maklumat operasi sekolah dengan membina satu aplikasi online berbentuk laman web yang dinamakan Data Operasi Keperluan Sekolah (ePerlu) bagi menggantikan aplikasi dBLAT yang digunakan terdahulu. Sehubungan itu, semua jenis sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berada di negeri Perak diminta mengisi maklumat yang diperlukan pada aplikasi online ePerlu mulai 11 hingga 14 Oktober 2011 melalui alamat capaian internet seperti berikut: http://www.moe.gov.my/datakeperluansekolah.

Login masuk aplikasi seperti berikut:

Login : kod sekolah masing-masing
password : sekolah

Sebarang masalah atau kemusykilan sila hubungi En. Mat Hamdan bin Mohd Amin, PPPD Pengurusan Sekolah, En Abdul Rahman bin Shaari, PPPD Sekolah Rendah atau Pengerusi Kelompok masing-masing.

 

Sumber : Portal PPD Hilir Perak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s