LATAR BELAKANG SMKUB


Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Bernam diambil namanya sempena nama tempat Ulu Bernam itu sendiri. Sekolah ini siap dibina pada tahun 1981 di atas tapak seluas 12 ekar dalam kawasan Ladang Ulu Bernam Perak dan mula digunakan pada 4.12.1982. Pembinaan bangunan ini menelan belanja sebanyak RM800.567.57. Pada peringkat awal sekolah ini membunyai 3 buah bangunan dengan pecahan 11 buah kelas, 2 makmal sains, 2 bengkel, 1 perpustakaan dan 2 bilik ERT.

Pengetua sekolah yang pertama ialah En. Abdul Rashid bin Harun dengan dibantu oleh 8 orang guru bagi mengendalikan 128 prang murid. Sehingga tahun 1988 banyak perubahan telah berlaku dengan penambahan 27 orang guru serfa 403 orang murid yang memenuhi 14 buah kelas. Pada tahun yang sama juga sebuah bangunan dengan 4 buah bilik darjah siap dibina untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai.

Pada tahun 1988, En Shafie b. Abdullah ditugaskan untuk menggantikan En. Abdul Rashid dan kemudian diteruskan oleh En. Shokhaimi bin Ishak pada 1989 sehingga 1991. Pada tahun 1990 telah siap lagi sebuah bangunan dengan 3 buah bilik darjah tanpa pertambahan bilangan guru dan murid.Pada 1 Jun 1991, En Zainal Abidin bin Sarji dilantik sebagai Pengetua.

Pada tahun 1991 juga merupakan permulaan peperiksaan SPM bagi sekolah ini. Pada tahun 1993 bulan Mac, Tuan Haji Mohd. Kahiri bin Yahya telah menggantikan En. Zainal Abidin bin Sarji. Pada zaman beliau, bilik guru ditukar ke bilik lain dan mewujudkan bilik-bilik guru-guru kanan, setiausaha akademik, setiausaha peperiksaan juga bilik komputer Kelab Staff.

Pada tahun 1995 juga sekolah ini menerima lagi sebuah bangunan 4 tingkat dengan dilengkap 3 buah makmal Sains Tulen sebagai persiapan membuka aliran Sains. Hasil usaha beliau juga dengan komitmen guru-guru serta kakitangan sekolah, maka sekolah ini buat pertama kali telah menduduki tempat pertama dalam peperiksaan PMR dalam daerah Hilir Perak. Namun, belum lama berkhidmat, pada tahun 1995, Tn. Haji Mohd. Kahiri bin Yahya telah digantikan oleh Tn. Haji Maswan bin Amir dengan 23 orang guru, 5 kakitangan serta 358 orang murid. Beliau berhasrat meneruskan segala usaha bagi merealisasikan PERAK NOMBOR 1.

Setelah Tn. Hi Maswan bin Amir bertukar ke SMK Sg. Manik (19991, En. Nook Naidu a/I Simmduary menggantikan beliau sebagai pengetua di sekolah ini sehingga bersara pada 29 April tahun 2003.

Seterusnya, jawatan pengetua di sekolah ini kosong mulai Mei 2003 hingga Disember 2003. En. Mohd. Amnan bin Sukiman selaku Guru Kanan Pentadbiran memangku jawatan Pengetua sehinggalah sekolah ini menerima Pengetua yang baru pada 2 Januari 2004 iaitu Hajjah Salamiah bt Shell Mohamad sehinggalah kini.

Dalam bidang kurikulum, sekolah ini sentiasa mencapai peningkatan berterusan khususnya dalam peperiksaan awam SPM. Di peringkat PMR juga sekolah ini pernah menghasilkan pelajar yang mendapat 8A dan salah seorang daripadanya bakal bergelar doktor. Sekolah ini juga membuka mata pelajaran Vokasional Tanaman Makanan pada tahun 2004. Demi mencapai kejayaan, pihak sekolah telah merangka dan melaksanakan pelbagai program peningkatan akademik di samping bantuan dan sokongan PIBG sama ada dari segi pandangan tenaga mahupun wang ringgit. Tidak ketinggalan bantuan pihak ladang sangat banyak dalam membantu sekolah melaksanakan pelbagai rancangan sama ada dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah serta pembangunan sekolah. kita sangat berbangga kerana mempunyai barisan kepimpinan yang cukup berkaliber serta guru-guru dan kakitangan yang komited di samping mengamalkan konsep bekerja sebagai satu pasukan (team work).

Dari segi kemudahan fizikal, sekolah ini telah banyak menerima perubahan. Selain tambahan bangunan 4 tingkat, sekolah ini juga mempunyai bangunan makmal komputer dan kompleks Guru yang baru dan sedang dalam proses untuk digunakan. Blok pejabat, bilik guru sudah dinaiktarafl Padang sekolah yang selama ini seperti sawah padi apabila musim hujan sudah dinaiktarafkan sehingga menjadi padang yang sempurna untuk digunakan. Dengan kepimpinan yang baru ini, beliau telah merancang pelbagai idea untuk melengkapkan lagi kemudahan sekolah yang belum sempurna agar setaraf dengan sekolah-sekolah yang lain. Mudah¬mudahan segala usaha dan perancangan beliau ketika berkhidmat di sini akan dapat dicapai demi kecemerlangan sekolah. Semoga SMKUB akan terus bersinar gemilang. lnsyaAllah.

To be continued…….

24 thoughts on “LATAR BELAKANG SMKUB

  1. Bangganya jd sebahagian bekas warga SMKUB..sudah banyak berubah nampaknya sekolah ni…saya belajar dr tahun 1989 – 1993…

    Proud to be SMKUB Alumni…u r still on my head…

    • asalamualaikum …sy pelajar pada tahun 1982 pada pembukaan skmub ,,dari skub lagi…mungkin sy kenal saudara …n saya juga cuba jejak org lama sekolah ini pada tahun yg sama,,,tapigagal…kalau dapat bantuan saudara utk temukan dgn semua pelajar senior sekolah ni …ada baik juga …apa pun kalau saudara terbaca pesanan ini dapat lah hubungi sy di 0142676176

  2. Oi Li! ko azli jaafar ke? hehehe.. Mane geng2 lain ek? Buat cikgu2 yg penah aku sakitkan hatinya, mintak ampun bnyk2.. Bukan nk jadi pailang, nakal sikit2 tu biasa la kan? Budak2 la katakn.. Salam buat cikgu2 aku dulu klu still ada lg.. Antara yg aku ingt, Cikgu Amnan, bini dia, cikgu Helmi (salute bro), cikgu Suhaimi (cantik anak buah dia, kim slm kt Mai), cikgu Rozana, cikgu Sanisah, cikgu KZ, cikgu Meor, cikgu Bakhtiar, cikgu Aziz (bnyk dosa aku kt dia ni) dan semua cikgu yg mgkn aku dh x ingt namanya.. Sape ek pengetua aku masa tu? Kaki gitar gak tu.. Lupa la namanye.. Buat cikgu yg paling aku sayang, respectdan paling hormat, Cikgu Ismail, yg dh pulang ke Rahmatullah, aku x lupa semua kata2 dia smp sekarang.. Al-Fatihah utk dia.. K, buat sape2 yg nk reunion 1991-1995, alo2 la aku..
    016-9729952.. Naza (X-SMUB 91-95)
    ak47cooler@yahoo.com

  3. Lg 1. klu ade sape2 yg tau # tipon Mazatul Hafeza Binti Abdul Rani dgn Roslinda Binti Ramli, tlg pas kt aku.. Ade hutang lama yg aku kene langsaikan..

  4. emm .. rindu sgt kat smub… terlalu rinduuu.. kat sini byk sgt kenangan…klu leh diputar mase balik,rase nak stdy kat situ forever n ever… muaahhzz

  5. Oii Naza..ko ni Naza Kia tu ker….anyway, byk la kenangan lama kt sana…ko ni junior aku kannn…

    Geng2 aku dh berterabur kt satu malaya ni…lost contact…ntah x tau apa jd ngan diorg…

  6. saya adalah antara kumpulan pelajar pertama yang menjejak kaki di smkub pada tahun 1982 tingkatan peralihanA dan 1983 1V1. sangat rindukan kawan-kawan lama. kenangan di smkub terpahat di sanubariku. guru saya pada masa itu, ckg Hassn ajar sains, ckg Amran ajar bm, ckg Liew ching fong ajar maths, ckg halimin ajar geografi. harap baj pertama ini perlu buat reunion.

    • hei kati, ini aku la rahman. kalau tak ingat bior aku ingatkan. bukan nak bangga tp biasala aku yang paling nakal @ jahat budak-budak sekali waktu kita kat sekolah dulu. Suka ganggu orang, gadoh, ngate cikgu, curi alatan sukan sekolah dan banyak lg.
      Tapi yang paling aku tak boleh lupa aku kena PUBLIC CANNING dengan pengetua. Sakit bro masa tu tuhan yang tau. Masa tu aku marah lah, tp sekarang tak salah aku sendiri,
      Kalau ada kawan2 lama baca ini (yang aku ingat) hassan yahya, azmi arif, Jamilah, Batumalai, Selvarani, Kalyani, Siti Sarihat Sadli, Seri Banun, Suhana, Azlina, Husaire, saire, azman zainal, faezah, naemah tul Aishah, najib anak arwah imam, dan ramai lagi.kalau mau hubungi aku ada kat bawah ni k. nanti ada masa aku list one by one. kepada cikgu dan cikgi , Amran, Laila, Liew, Halimin, Sharifah, Bakhiar, Aziz KZ, suhaimi dan lain2 saya mohon banyak-banyak maaf dari ujung kaki hingga ujung rambut.

      okey pls call me : 016-7837824 , 012-2427990 or
      email : arah.iman07@gmail.com

      ok bro gua chaw dulu k

      • Hi Rahman, itu kawan2 yg saya ingat juga. Tapi sya kt smub ting 1 n 2 je… awak memang nakal sangat masa tu…..

      • xperlu ingat x-calss 3p1 tahun 83.bagi ku kenangan x beri erti sama sekali walau pun kini aku sudah berkhidmat di kpm sabah.terima kasih kpa ckgu disiplin amran.ckgu sharifah sharif(kecil molek) ajar bm

  7. helo..helo..aku cari geng aku masa kat smub
    tingkatan 3 pertanian..masa tu guru kelas kalo tak silap cikgu umi..mana peginya hasan, najib, nizam sungib, mat sihat, atan, dan ramai lagi yang namanya aku dah tak ingat

  8. kalo sape-sape nak contact aku boleh call nombor kat bawah ni. aku sekolah kat situ dari tahun 1984-1986..masuk tahun 87 sekolah kat sek.men khir johari sg sumun, adik aku org panggil montak

    010-3247236, 012-9413601, 03-33730841

    SELAMT MAJU JAYA BUAT SMUB..jasa mu tetap ku kenang

    • Jangan asyik dok facebook saja. Tahun ini tahun penting tau. Jangan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beerguna.
      Belajar rajin-rajin. jangan dok berangan dalam kelas. Beri tumpuan semasa cikgu mengajar

    • in all there are 29 teacher inculding the principle but we still has 1 opening especial for english option.

  9. hi selamat sejatera saya adalah anak murid smkub. saya selalu terindu kpd sahabat &guru-guru yg mengajar pd thn 82-84.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s