VISI & MISI


VISI  SEKOLAH

Menjadikan SMKUB komuniti berilmu yang bertaraf dunia menjelang tahun 2012.

MISI SEKOLAH

Kami warga SMKUB akan bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf dunia dalam bidang:

  • Pengurusan dan kepemimpinan yang cekap , berkesan, telus dan tulus.
  • Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
  • Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
  • Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
  • Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan intergrasi nasional.
  • Komuniti bermuafakat menjurus kepada kecemerlangan yang mapan.

SLOGAN

“U B THE BEST”

MATLAMAT SEKOLAH

Meraih Kecemerlangan Dalam Bidang:

Kurikulum

Kokurikulum

Sahsiah

Pengurusan dan Kepemimpinan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah yang lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH SEKOLAH

Mendukung prinsip Rukun Negara untuk melahirkan warganegara yang berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan taat setia kepada sekolah , agama, bangsa dan negara.

OBJEKTIF SEKOLAH

  1. Melahirkan masyarakat yang cinta Negara, taat setia , bersatu padu, berdisiplin, bekerja kuat, sanggup menerima cabaran, bertanggungjawab, berkebolehan memimpin , bermoral dan berakhlak mulia.
  2. Menanamkan perasaan sayangkan sekolah , guru, tempat tinggal, keluarga dan Negara.
  3. Memastikan warga sekolah mematuhi segala peraturan yang dikehendaki dalam Rukun Negara.
  4. Menanamkan semangat ingin berdikari, berpengetahuan, punya jati diri dan tidak bergantung kepada orang lain.
  5. Memimpin para pelajar agar bersedia menjalani kehidupan alaf baru yang penuh cabaran.
  6. Memastikan sekolah sebagai tempat paling selamat untuk menuntut ilmu .
  7. Menanamkan budaya ICT dalam semua bidang.

One thought on “VISI & MISI

  1. Tahniah atas kejayaan … dapat bai’ah!
    Daripada: Haji Ibrahim Arshad
    Penolong Kanan Pentadbiran
    SMK Sultan Abdullah
    36600 Chenderung Balai, Perak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s